Amazon Menidakkan Laporan Mengatakan Mereka Merancang Menerima Kriptowang

Amazon Menidakkan Laporan Mengatakan Mereka Merancang Menerima Kriptowang

Amazon kini telah menidakkan laporan awal yang hadir mengatakan gergasi edagang berkenaan merancang untuk menerima pembayaran Bitcoin pada platform mereka.

Amazon mengatakan mereka tiada perancangan untuknya buat masa ini.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Amazon kini dalam persiapan untuk menerima pembayaran menggunakan Bitcoin, selain turut merancang hadir dengan token mereka tersendiri.

Bercakap mengenainya, pihak Amazon dipetik mengatakan yang mana spekulasi yang hadir adalah tidak tepat.

Apa pun, Amazon dilihat berminat dalam arena rantaian-blok ini, dan telah mula mengambil beberapa perkara dalam membangunkan projek dalaman. Adakah Amazon sekadar melihat kepada sokongan jual-beli NFT sahaja, atau mereka mempunyai perancangan lain yang lebih besar lagi?