Amazon Diperkatakan Mungkin Menerima Pembayaran Bitcoin Tidak Lama Lagi

Amazon Diperkatakan Mungkin Menerima Pembayaran Bitcoin Tidak Lama Lagi

Kini hadir desas-desus mengatakan Amazon bakal menerima pembayaran menggunakan Bitcoin seawal penghujung 2021 ini.

Sekiranya benar, maka ia akan menjadikan penerimaan kriptowang berkenaan secara besar-besaran - memandangkan Amazon adalah antara syarikat edagang yang besar di dunia.

Selain itu, laporan sama turut mengatakan Amazon sedang melihat kepada penawaran token tersendiri seawal 2022 kelak.

Buat masa ini, ia sekadar desas-desus sahaja, dan tiada komen rasmi daripada pihak Amazon. Spekulasi ini hadir lanjutan daripada pencarian pekerja melibatkan latar belakang kewangan digital dan rantaian-blok oleh Amazon baru-baru ini.