AMC Pertimbang Untuk Menerima Bayaran Melalui Kriptowang Shiba Inu
1 min read

AMC Pertimbang Untuk Menerima Bayaran Melalui Kriptowang Shiba Inu

AMC Pertimbang Untuk Menerima Bayaran Melalui Kriptowang Shiba Inu

AMC merupakan salah satu syarikat disebalik penawaran panggung wayang, dan mempunyai sekitar 950 panggung meliputi 10,500 skrin - terutamanya di Amerika Syarikat dan Eropah.

Terbaru, CEO AMC dilihat mempertimbangkan untuk menerima bayaran melalui kriptowang Shiba Inu.

Buat masa ini, AMC sedia menerima pembayaran kriptowang untuk pembelian kad hadiah atau baucar.

Menurut CEO AMC, pasukan beliau sedang membangunkan kod dalam menerima bayaran dalam bentuk Bitcoin, Ethereum, Litecoin dan juga Dogecoin. Beliau dilihat turut pertimbang untuk menambah sokongan untuk Shiba Inu bagi tujuan pembelian berkenaan.