Samsung Dan Razer Melabur Pada Syarikat Memfokuskan Integrasi NFT Pada Permainan

Samsung Dan Razer Melabur Pada Syarikat Memfokuskan Integrasi NFT Pada Permainan

Animoca Brands kini dilihat telah menghimpunkan suntikan dana tambahan untuk syarikat mereka, dimana pelaburan kali ini hadir daripada sejumlah syarikat, termasuk Samsung, Coinbase, dan juga Razer.

Untuk makluman, Animoca memfokuskan kepada pembangunan permainan dengan integrasi rantaian-bloik, dan NFT - membolehkan para pemain bermain dalam bukan sahaja meluangkan masa, tetapi pada masa yang sama mendapat hak untuk menjual pegangan digital mereka dalam permainan.

Buat masa ini, pihak Animoca Brands sedia menghasilkan permainan seperti F1 Delta Time, The Sandbox, MotoGP Ignition, dan sebagainya. Disamping itu, Animoca juga turut melabur kepada sejumlah syarikat, termasuk Dapper Labs, Opensea dan Bitski.

Dengan pelaburan baharu ini, Animoca dijangka akan terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena ini, disamping memperluaskan lagi portfolio melalui kerjasama, pelaburan dan pengambil-alihan.