Agensi Berita AP Memperkenalkan Koleksi NFT Melalui Binance
1 min read

Agensi Berita AP Memperkenalkan Koleksi NFT Melalui Binance

Agensi Berita AP Memperkenalkan Koleksi NFT Melalui Binance

Associated Press (AP) merupakan salah satu agensi berita terkemuka dunia, dan kini telah mula turut menawarkan koleksi NFT mereka tersendiri melalui Binance.

AP menawarkan koleksi mereka yang dinamakan “Unique Moments” menawarkan koleksi gambar detik-detik bersejarah dalam bentuk digital. AP mengatakan mereka menghimpunkan detik bersejarah dalam 100 tahun yang lepas.

Dengan penyertaan ini, ia sekaligus turut menyaksikan agensi berita terkemuka turut menyertai penawaran NFT tersendiri.

AP menawarkan NFT ini dalam bentuk kotak misteri, dimana setiap satu disenaraikan pada harga 29 BUSD.