Binance Mengatakan Mereka Sedang Menyiasat Scam Token “Squid Game”
1 min read

Binance Mengatakan Mereka Sedang Menyiasat Scam Token “Squid Game”

Binance Mengatakan Mereka Sedang Menyiasat Scam Token “Squid Game”

Binance, penyedia perkhidmatan pertukaran kripto, kini mengatakan mereka secara aktif sedang menyiasat dan menjejak penipu token Squid Game. Untuk tujuan berkenaan, Binance telah membentuk sebuah pasukan penyiasat khas.

Token Squid Game yang diinspirasikan oleh siri Korea popular d Netflix, telah memperlihatkan peningkatan daripada nilai $0.01 ke hampir $3,000 dalam masa seminggu. Apa pun, pihak disebaliknya telah memilih untuk menutup projek berkenaan, dan membawa lari duit yang dihimpunkan.

Sekitar $3 juta dijangka dibawa lari penipu berkenaan.

Pihak Binance mengatakan mereka sedang melihat untuk membantu komuniti dengan sokongan mengenal-pasti penipu dan sebagainya.

Seperti ramai sedia maklum, terdapat beberapa token yang berbentuk penipuan, dan ada yang pernah terjejas. Pihak Binance turut mengalakkan orang ramai mendapatkan ilmu secukupnya sebelum menceburi bidang ini.