Binance Melancarkan Pasaran NFT Tersendiri

Binance Melancarkan Pasaran NFT Tersendiri

Binance yang sedia terkenal dengan penawaran kriptowang dan token, kini turut telah memperkenalkan pasaran NFT mereka tersendiri.

Dengan pengenalan ini, ia akan memudahkan lagi orang ramai untuk melakukan jual beli pegangan aset digital.

Binance turut memecahkan ia kepada beberapa kategori, termasuk menawarkan lelongan NFT berbentuk premium.

Bagi anda yang berminat dalam mendapatkan atau menjual aset digital NFT, mungkin boleh menyemak laman Binance NFT hari ini.