Bitcoin Jatuh Dibawah RM125k

Bitcoin Jatuh Dibawah RM125k

Bitcoin kini terus mencatatkan penurunan, dan kini bernilai dibawah RM125k. Secara kasar, ia adalah harga terendah yang dicatatkan oleh Bitcoin sejak daripada bulan Februari lepas.

Penurunan ini dicatatkan selepas Bank Negara China mengarahkan institusi kewangan di negara berkenaan untuk menghalang transaksi melibatkan kriptowang.

Hal ini hadir lanjutan daripada beberapa bandar di China yang telah mula mengharamkan perlombongan kriptowang di negara berkenaan.

Perkara ini sekaligus membawa kepada penurunan nilai Bitcoin secara mendadak, dan kini mencatatkan nilai dibawah RM125k.

Selain Bitcoin, kriptowang lain turut memperlihatkan penurunan nilai, termasuk Ethereum, XRP dan sebagainya.