Nilai Bitcoin Dan Kriptowang Lain Jatuh - Perkhidmatan Seperti Luno Turut Terjejas

Nilai Bitcoin Dan Kriptowang Lain Jatuh - Perkhidmatan Seperti Luno Turut Terjejas

Hari ini, ia menyaksikan nilai sejumlah kriptowang turut dengan mendadak - termasuk Bitcoin. Ketika artikel ini ditulis, nilai Bitcoin adalah sekitar RM137k - memperlihatkan penurunan melangkaui 20% dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Salah satu sebab penurunan ini adalah kerana kerajaan China yang mengharamkan institusi kewangan di negara berkenaan untuk menawarkan perkhidmatan kriptowang. Hal ini memberikan impak kepada nilai kriptowang sedia ada - terutamanya Bitcoin yang dikatakan kurang mesra alam sejak seminggu yang lepas.

Ini sekaligus membuatkan ramai mengambil langkah untuk menjual pegangan mereka, membawa kepada penurunan nilai Bitcoin. Secara tidak langsung, perkhidmatan penyedia dagangan seperti Luno turut terkesan dan menghadapi masalah teknikal - termasuk beroperasi dengan sedikit lambat berbanding kebiasaan.