Bitski Ingin Memudahkan Sesiapa Sahaja Membuka Kedai NFT

Bitski Ingin Memudahkan Sesiapa Sahaja Membuka Kedai NFT

NFT adalah penawaran aset digital yang unik atau sesuatu koleksi digital untuk dijual-beli, dan pemilikannya dipantau menggunakan teknologi rantaian-blok.

Dengan populariti kriptowang akhir-akhir ini, arena NFT turut menerima kesan positif - dan membuatkan lebih ramai menyertainya. Pada hari ini, terdapat sejumlah laman dagangan NFT, selain beberapa pihak turut telah mula memperkenalkan laman dagangan NFT khusus untuk sesuatu perkara.

Kini, dalam memudahkan lebih ramai hadir dengan kedai NFT tersendiri, sebuah perkhidmatan yang menarik adalah Bitski.

Bitski membolehkan sesiapa sahaja - termasuk jenama dan penghasil kandungan, untuk membuka kedai NFT tersendiri, dan berjual-beli aset digital melaluinya.

Pada hari ini, beberapa jenama sedia menggunakan platform Bitski, termasuk Adidas.

Bagi anda yang ingin melakukan penawaran NFT tersendiri, mungkin boleh menyemak laman Bitski - sekaligus memudahkan lagi koleksi digital anda dipasarkan kepada orang lain, atau didagangkan dengan pantas.