Coinbase Merancang Menubuhkan Bahagian Penerbitan Kandungan Tersendiri

Coinbase Merancang Menubuhkan Bahagian Penerbitan Kandungan Tersendiri

Coinbase merupakan salah satu syarikat gergasi memfokuskan kepada teknologi rantaian blok dan kriptowang. Terbaru, mengikut laporan awal, Coinbase dilaporkan sedang membangunkan bahagian media mereka tersendiri.

Melalui bahagian media mereka tersendiri, ia akan memfokuskan kepada mendidik orang ramai, selain berkongsi pelbagai perkembangan terkini berkaitan arena kripto yang semakin popular.

Ini sekaligus akan membuatkan orang ramai mendapatkan kandungan, dan seterusnya terdapat kebarangkalian meningkatkan kepercayaan terhadap Coinbase, dan menggunakan platform Coinbase untuk pelbagai transaksi dan aktiviti lanjutan.

Dengan perkembangan ini, ia sekaligus membuatkan ia akan menyaingi platform penerbitan lain seperti CoinDesk dan Decrypt.

Coinbase menyasarkan untuk menghimpunkan sekitar 30 orang didalam pasukan editorial ini.