Coinbase Wallet Memperkenalkan Pemalam Untuk Chrome

Coinbase Wallet Memperkenalkan Pemalam Untuk Chrome

Dengan populariti aplikasi seperti DApps dan DeFi, kini Coinbase telah memperkenalkan pemalam Coinbase Wallet utuk pengguna pelayar web Chrome.

Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini, ia agak sukar jikalau ingin menghubungkan Coinbase Wallet ke sesuatu dapp - dimana memerlukan pengguna mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar, dan melalui proses yang sukar. Perkara ini kini diatasi dengan penawaran pemalam ini di desktop.

Dengan langkah ini, ia sekaligus akan memudahkan pengguna menghubungkan Coinbase Wallet ke sejumlah perkhidmatan, termasuk membeli NFT dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan Coinbase, boleh memuat-turun dan memasang Coinbase Wallet di Chrome anda hari ini, dan memudahkan sebarang urusan transaksi selepas ini.