Dogecoin Turun Menjunam Selari Kehadiran Elon Musk Pada SNL

Dogecoin Turun Menjunam Selari Kehadiran Elon Musk Pada SNL

Elon Musk pada hari ini telah pun membuat hadiran pada acara Saturday Night Live, dan turut berkongsi secara ringkas berkaitan Dogecoin. Apa pun, selari kehadiran beliau pada acara berkenaan, nilai Dogecoin turun menjunam ke bawah.

Berharga sekitar $0.68 pada awal pagi, kini Dogecoin didagangkan sekitar $0.47.

Pada siri Saturday Night Live berkenaan, pengacara bertanyakan kepada Elon Musk berkaitan dengan Dogecoin, dan apakah nilai disebaliknya. Elon Musk mengakhiri perbualan berkenaan dengan menamakannya sebagai sebuah “Hustle”.

Sebelum ini, Elon Musk turut pernah mengatakan yang mana kriptowang mempunyai masa depan yang cerah, tetapi orang ramai diminta berhati-hati ketika melabur, dan tidak menggunakan simpanan peribadi mereka.