Elon Musk Membuat Bancian Untuk Menerima Dogecoin Bagi Pembelian Tesla

Elon Musk Membuat Bancian Untuk Menerima Dogecoin Bagi Pembelian Tesla

Elon Musk hari ini telah bertanyakan kepada para pengikut beliau di Twitter, berkenaan sama ada Tesla patut menerima Doge sebagai salah satu medium pembayaran atau tidak.

Untuk makluman, sebelum ini, Tesla sedia menerima pembayaran melalui Bitcoin, dan sekiranya Dogecoin ditambah, maka ia akan menjadikannya sebagai kriptowang kedua yang disokong oleh Tesla.

Bancian yang dilakukan oleh Elon Musk ini sekaligus membawa kepada peningkatan nilai dagangan Dogecoin sejak sejam kebelakangan ini, memandangkan ia dilihat mempunyai nilai penggunaan - membuatkan lebih ramai yakin dengannya.

Sebelum ini juga, ia telah dinyatakan yang mana sebuah roket akan diterbangkan melalui SpaceX, dinamakan DOGE-1 pada awal 2022 kelak.