Elon Musk Sedang Bekerjasama Dengan Pembangun DOGE Dalam Menambah Baik Sistem Transaksi

Elon Musk Sedang Bekerjasama Dengan Pembangun DOGE Dalam Menambah Baik  Sistem Transaksi

Elon Musk semalam telah mengumumkan akan menghentikan sokongan pembelian Tesla menggunakan Bitcoin. Perkara ini dilakukan disebabkan transaksi Bitcoin yang tidak begitu mesra alam, dan menggunakan tenaga yang tinggi.

Pengumuman berkenaan sekaligus memberikan kesan besar terhadap arena kriptowang, memperlihatkan sejumlah nilai RM1.5 trilion hilang begitu sahaja semalam.

Kini, lanjutan daripadanya, hari ini Elon Musk mengatakan beliau sedang bekerjasama dengan pembangun DOGE dalam menambah-baik kadar efisien sistem transaksi kriptowang berkenaan.

Ia secara tidak langsung memberikan petanda yang mana kriptowang berkenaan mungkin disokong sekiranya ia lebih efisien dan mesra alam berbanding dengan kriptowang lain.

Perkongsian ini juga secara tidak langsung membawa kepada peningkatan nilai Dogecoin pada hari ini.