Elon Musk : "Kriptowang Mempunyai Masa Depan Cerah, Tetapi Melabur Dengan Berhati-Hati"

Elon Musk : "Kriptowang Mempunyai Masa Depan Cerah, Tetapi Melabur Dengan Berhati-Hati"

Arena kriptowang kini sedang berkembang pesat berbanding beberapa tahun lepas - apatah lagi dengan sejumlah perniagaan yang telah mula menerimanya, selain penggunaannya untuk membeli aset digital melalui NFT serta beberapa kaedah lain.

Malah, kriptowang juga turut telah menjadi salah satu bentuk pelaburan oleh sejumlah pengguna dalam terus meningkatkan pendapatan mereka.

Bercakap mengenainya, Elon Musk kini mengatakan kriptowang merupakan sebuah perkara yang mempunyai potensi besar, tetapi meminta pengguna melabur dengan berjaga-jaga.

Elon Musk beranggapan pengguna tidak patut melabur wang simpanan mereka ke kriptowang.

Pada masa yang sama, Elon Musk turut menyentuh secara ringkas berkaitan Dogecoin. Seperti ramai sedia maklum, kriptowang berkenaan telah dibangunkan sebagai jenaka dan mempunyai tahap pengeluaran tanpa had. Dogecoin ini dikatakan mungkin menjadi kriptowang masa hadapan yang menerima sokongan ramai komuniti - tetapi ia turut mempunyai kekangan tersendiri seperti sumber tanpa had berbanding Bitcoin dan yang lain.