SEA Melabur Pada FTX - Penyedia Khidmat Dagangan Kriptowang
1 min read

SEA Melabur Pada FTX - Penyedia Khidmat Dagangan Kriptowang

SEA Melabur Pada FTX - Penyedia Khidmat Dagangan Kriptowang

FTX merupakan salah satu penyedia khidmat dagangan kriptowang berpusat di Bahamas, dan kinni telah mengumpulkan dana berjumlah $420 juta daripada sejumlah pelabur.

Menariknya adalah, SEA Capital, iaitu bahagian pelaburan SEA Group turut telah melabur pada FTX melalui pengumpulan dana terbaru ini. SEA Group juga adalah syarikat disebalik Shopee dan juga Garena.

Selain SEA Capital, pelaburan FTX kali ini juga disertai oleh Temasek dan juga Sequoia Capital.

Dengan pelaburan terbaru ini, FTX dinilai sekitar $25 bilion, sekaligus terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena dagangan kriptowang. Secara purata, ia dikatakan melakukan transaksi berjumlah $14 bilion setiap hari.