GameStop Ingin Hadir Dengan Platform NFT Berasaskan Ethereum

GameStop Ingin Hadir Dengan Platform NFT Berasaskan Ethereum

GameStop merupakan salah satu peruncit terkenal dalam arena permainan video di Amerika Syarikat. Selepas menerima sokongan ramai pengguna Reddit pada awal tahun ini yang membawa kepada kenaikkan harga saham, kini GameStop dilihat turut ingin membangunkan pasukan pembangun NFT tersendiri.

GameStop dilihat sedang membangunkan platform NFT berasaskan Ethereum, dan kini sedang mengumpulkan pasukan untuk membangunkan platform berkenaan.

Seperti ramai sedia maklum, NFT sedia digunakan dalam memudahkan jualan hak milik aset digital, dan dengan penyertaan GameStop, ia mungkin memfokuskan kepada kandungan melibatkan permainan video.

Buat masa ini, maklumat lanjut berkaitan platform NFT daripada GameStop ini masih tidak dikongsikan - dan mungkin kita mendengar lanjut mengenainya dalam masa beberapa bulan lagi.