Adakah Instagram Bakal Mengintegrasikan Sokongan NFT?
1 min read

Adakah Instagram Bakal Mengintegrasikan Sokongan NFT?

Adakah Instagram Bakal Mengintegrasikan Sokongan NFT?

Instagram merupakan salah satu aplikasi perkongsian media - terutamanya gambar dan video yang popular di dunia. Dimiliki oleh Facebook, kini Instagram dilihat turut berminat dengan arena NFT, dan mungkin mengintegrasikan sokongan untuknya pada aplikasi mereka.

Melalui kod pembangunan untuk Instagram yang dilihat, perkhidmatan sosial berkenaan dilihat sedang membangunkan sebuah ciri baharu dinamakan Collectibles.

Melaluinya, ia turut memperlihatkan sokongan integrasi dompet digital, iaitu MetaMask.

Ini sekaligus memperlihatkan kemungkinan yang mana Instagram akan mengintegrasikan sokongan NFT pada platform mereka.


Namun, ini sekadar spekulasi berdasarkan kod pembangunan awal sahaja. Terdapat kemungkinan ciri ini mungkin tidak direalisasikan. Apa pun, agak menarik untuk melihat perkembangan positif daripada Instagram dalam melihat ke arena Web 3.0 ini.