Mattel Menawarkan Koleksi Digital Hot Wheels Secara NFT
1 min read

Mattel Menawarkan Koleksi Digital Hot Wheels Secara NFT

Mattel Menawarkan Koleksi Digital Hot Wheels Secara NFT

Mattel, salah satu pengeluar permainan terkemuka, kini turut menawarkan koleksi digital kenderaan Hot Wheels dalam bentuk NFT.

Pengeluar permainan ini akan menawarkan tiga rekaan unik dalam bentuk NFT pada laman Mattel Creations. Tiga NFT yang akan ditawarkan adalah termasuk kereta Hot Wheels Twin Mill, Boneshaker dan juga Deora II.

Seperti ramai sedia maklum, orang ramai boleh membida dalam mendapatkan hak NFT - dan perlu melakukan pembayaran secara kriptowang.

Mattel turut dijangka akan menawarkan sejumlah kandungan lain secara digital melalui NFT pada masa akan datang. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran ini melalui laman Mattel Creations hari ini.