Merriam-Webster Melelong Definisi NFT Secara NFT

Merriam-Webster Melelong Definisi NFT Secara NFT

Merriam-Webster sedia terkenal dengan penerbitan sejumlah buku, dan turut terkenal dengan penawaran kamus mereka. Terbaru, Merriam-Webster telah pun menambah definisi NFT pada kamus mereka.

Melalui definisi yang disediakan, Merriam-Webster menyenaraikan NFT sebagai “Non-Fungible Token”, iaitu sebuah pengenal digital yang tidak boleh disalin, atau digantikan, dan direkodkan pada rantaian-blok. NFT turut digunakan untuk mengesahkan keaslian dan pemilikkan untuk sesuatu aset digital.

Menariknya, Merriam-Webster turut mengumumkan yang mana mereka melelong NFT melalui OpenSea.

Dengan penawaran ini, orang ramai diberikan peluang untuk mendapatkan hak disebalik definisi NFT ini.

Ketika artikel ini ditulis, definisi ini telah mencapai harga lelongan RM88,366.