NVIDIA Menjana Sekitar RM640 Juta Melalui Perkakasan Melombong Kripto Pada Suku Tahun Terakhir

NVIDIA Menjana Sekitar RM640 Juta Melalui Perkakasan Melombong Kripto Pada Suku Tahun Terakhir

NVIDIA merupakan salah satu syarikat yang tidak asing lagi dalam penawaran kad perkakasan untuk melombong kriptowang. Terbaru, berkongsi ketika penyata kewangan untuk suku tahun terakhir, NVIDIA mengatakan mereka telah menjana sekitar $155 juta (RM641 juta) melalui jualan kad CMP (Crypto Mining Processor) pada suku berkenaan.

Menariknya, NVIDIA turut menyasarkan jualan kad berkenaan dijangka mencapai $400 juta, iaitu sekitar RM1.65 bilion pada suku semasa.

Apa pun, pihak NVIDIA turut menekankan yang mana pelombong kripto akan terus membeli produk CMP mereka berbanding membeli GPU GeForce yang ditujukan untuk permainan video.

Untuk makluman, pada Februari lepas, NVIDIA telah memperkenalkan pemprosesan khusus untuk melombong kripto - memberikan alternatif untuk penggunaan GPU.

Dengan arena kriptowang semakin popular akhir-akhir ini, tidak mustahil kita melihat permintaan untuk kad melombong kripto ini terus meningkat dari hari ke hari.