OpenSea Kini Bernilai $1.5 Bilion - Laman Jual-Beli NFT
1 min read

OpenSea Kini Bernilai $1.5 Bilion - Laman Jual-Beli NFT

OpenSea Kini Bernilai $1.5 Bilion - Laman Jual-Beli NFT

OpenSea merupakan salah satu nama yang tidak asing lagi dalam arena jual-beli NFT. Pelbagai penawaran karya digital yang ditawarkan melalui OpenSea, membuatkan ia antara satu laman utama yang dituju ramai jikalau apa-apa berkaitan dengan NFT.

Terbaru, OpenSea telah mengumpulkan suntikan dana terbaru sebanyak $100 juta, pada nilai syarikat OpenSea sebanyak $1.5 bilion.

Dengan suntikan dana baru ini, OpenSea dilihat akan terus mengukuhkan kedudukan sebagai platform NFT, dan akan terus memperluaskan penawaran dengan menambah jurutera, selain memasuki pasaran-pasaran baharu.

Disamping itu, OpenSea juga dijangka akan memfokuskan dalam memudahkan lagi pengguna untuk berjual-beli aset digital pada platform mereka.