Sekitar RM1.5 Trilion Nilai Kriptowang Hilang Selepas Tesla Menghentikan Pembelian Melalui Bitcoin

Sekitar RM1.5 Trilion Nilai Kriptowang Hilang Selepas Tesla Menghentikan Pembelian Melalui Bitcoin

Tesla pada awal pagi ini telah mengumumkan mereka akan menghentikan penerimaan Bitcoin untuk pembelian kereta, salah satu sebabnya adalah kerana Bitcoin sendiri yang kurang mesra alam. Disebabkan olehnya, sejumlah kriptowang mengalami kejatuhan nilai sejak daripada awal pagi ini.

Terbaru, secara keseluruhan, berdasarkan kepada data CointMarketCap, keseluruhan kriptowang dipasaran dilihat kehilangan nilai sebanyak $365 bilion, iaitu sekitar RM1.5 trilion.

Bukan sahaja nilai Bitcoin terkesan, tetapi juga sejumlah kriptowang lain termasuk XRP, dan sebagainya.

Elon Musk melalui pengumuman berkaitan ini, turut mengatakan sedang melihat kepada penggunaan kriptowang lain yang lebih mesra alam dan menggunakan tenaga kurang 1% daripada apa yang digunakan Bitcoin.

Seperti ramai sedia maklum, kriptowang seperti Bitcoin diuruskan melalui penggunaan sebuah rangkaian pelombong - dimana ia memerlukan tenaga operasi yang tinggi dalam menyelesaikan masalah matematik untuk memastikan sesuatu transaksi berjaya dilakukan. Ini sekaligus membuatkan ia menggunakan tenaga yang tinggi, dan kurang mesra alam.