Pembangun Tempatan Hadir Dengan SavePalestine ($PAL) - Menyumbang Sebahagian Pendapatan Kepada Palestin

Pembangun Tempatan Hadir Dengan SavePalestine ($PAL) - Menyumbang Sebahagian Pendapatan Kepada Palestin

Terdapat pelbagai token di pasaran hari ini, dan terkini salah satu token yang dibangunkan bersama oleh pembangun tempatan adalah SavePalestine, atau menggunakan simbol $PAL.

Melaluinya, ia memfokuskan kepada token berasaskan komuniti, dimana ia ingin membolehkan penyumbang menjana pendapatan, dan pada masa yang sama menawarkan sumbangan kepada Palestin sebagai bantuan.

Pembangunnya menetapkan sumbangan mengikut sasaran nilai pasaran yang dicapai, dan setakat ini, mereka telah menyumbang sebanyak 5BNB melalui Global Sadaqah dan Aman Palestin.

Melalui laman rasmi $PAL juga, ia memperlihatkan perancangan menyeluruh pembangunan untuk token ini, meliputi sistem kewangan terpencar Islamik melaluinya.

Buat masa ini, SavePalestine ($PAL) ditawarkan melalui PancakeSwap.