Shiba Inu - Satu Lagi Meme Token Baru Yang Mencuri Perhatian Ramai

Shiba Inu - Satu Lagi Meme Token Baru Yang Mencuri Perhatian Ramai

Binance, kini telah pun menyenaraikan satu lagi token berbentuk meme yang baharu, dinamakan sebagai Shiba Inu (SHIB), sekaligus membawa kepada peningkatan harga mendadak dalam tempoh 24 jam yang lepas.

Binance buat masa ini menyenaraikan Shiba Inu pada pasaran berisiko tinggi, dan memberikan amaran kepada pengguna untuk pelaburan berkenaan dengannya.

Shiba Inu (SHIB) merupakan salah satu token yang berasaskan kepada Ethereum, dan juga berbentuk meme - lebih kurang sama seperti Dogecoin. Malah, ia turut menggunakan watak yang sama.

Pembangun disebalik Shiba Inu juga adalah misteri, dan telah memperkenalkan ia pada Ogos yang lepas. Menariknya, 50% daripada token SHIB ini dipegang oleh pembangun Ethereum sendiri, iaitu Vitalik Buterin.

Pembangunnya mengatakan mereka menghantar pegangan sebanyak 50% kepada pengasas Ethereum dalam usaha untuk mengawal pengedaran token berkenaan di pasaran.

Pada hari ini, SHIB masih belum menerima sokongan daripada mana-mana orang ternama lagi - tetapi sedia menyaksikan peningkatan nilai mendadak disebabkan oleh komuniti sendiri.

Ketika artikel ini ditulis, ia sedang didagangkan pada nilai $0.00003726.