Shiba Inu Mengatasi Dogecoin Dari Segi Nilai Pasaran
1 min read

Shiba Inu Mengatasi Dogecoin Dari Segi Nilai Pasaran

Shiba Inu Mengatasi Dogecoin Dari Segi Nilai Pasaran

Shiba Inu, salah satu kriptowang meme yang dimulakan pada tahun lepas, kini memperlihatkan peningkatan nilai secara drastik sepanjang minggu ini. Malah, terbaru, nilai pasaran Shiba Inu dilihat telah mengatasi nilai pasaran keseluruhan Dogecoin.

Ketika artikel ini ditulis, nilai pasaran Shiba Inu adalah sekitar $34 bilion, sekaligus mengatasi Dogecoin yang mempunyai nilai pasaran $31 bilion.Melalui Coingecko juga, kini Shiba Inu menduduki tangga ke-9 dari segi nilai pasaran untuk kriptowang.

Peningkatan nilai Shiba Inu adalah selari dengan desas-desus mengatakan aplikasi dagangan di Amerika Syarikat, Robinhood akan menambahnya ke penawaran mereka.

Shiba Inu memperlihatkan peningkatan nilai positif sepanjang 24 jam lepas, sementara kriptowang lain termasuk Bitcoin memperlihatkan sedikit penurunan.