Shiba Inu Terus Memperlihatkan Peningkatan - Menghampiri Kedudukan Ke-10 Kriptowang
1 min read

Shiba Inu Terus Memperlihatkan Peningkatan - Menghampiri Kedudukan Ke-10 Kriptowang

Shiba Inu Terus Memperlihatkan Peningkatan - Menghampiri Kedudukan Ke-10 Kriptowang

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, Shiba Inu memperlihatkan peningkatan pada nilai pasarannya, dan kini telah pun mencapai nilai tertinggi melangkaui $0.00005 - sekaligus memperlihatkan peningkatan sekali ganda berbanding minggu lepas.

Shiba Inu merupakan salah satu kriptowang atau token yang dimulakan sebagai jenaka - lebih kurang seperti Dogecoin.

Secara keseluruhan, Shiba Inu kini mempunyai nilai melangkaui $28 bilion - sekaligus menghampiri nilai keseluruhan Dogecoin sebanyak $31 bilion.

Shiba Inu berasaskan kepada rantaian-blok Ethereum ini telah dimulakan pada Ogos 2020 yang lepas, sebagai eksperimen melibatkan komuniti terpencar.

Peningkatan nilai Shiba Inu ini dikaitkan dengan desas-desus ia akan ditawarkan melalui aplikasi Robinhood. Pada masa yang sama, komuniti sebalik Shiba Inu turut telah menghasilkan NFT dan sebagainya yang membawa kepada nilai penggunaan kriptowang berkenaan.