Shopify Memulakan Ujian Sokongan Jual-Beli NFT

Shopify Memulakan Ujian Sokongan Jual-Beli NFT

Shopify merupakan salah satu penyedia khidmat membangunkan kedai atas-talian dengan mudah. Selepas menyokong jual-beli produk fizikal, kini Shopify turut telah mula menyokong jual-beli NFT pada platform mereka.

Buat masa ini, ciri jual-beli NFT melalui Shopify hanya ditawarkan buat beberapa rakan kerjasama terpilih. Antara yang terawal menggunakannya adalah pasukan Chicago Bulls yang bermain dalam NBA - dan menawarkan sejumlah karya digital secara NFT melalui laman mereka yang dikuasakan Shopify.

Shopify dikatakan menyokong rantaian-blok berasaskan Flow dan Ethereum buat masa ini. Shopify dijangka akan terus memperluaskan sokongan dengan rantaian-blok lain pada masa akan datang.

Sebelum ini, ia agak sukar untuk menjual NFT secara sendiri - melainkan bergantung kepada laman dagangan seperti OpenSea dan sebagainya. Dengan Shopify menyokongnya, kita akan melihat lebih ramai menyertainya dan menubuhkan laman mereka tersendiri pada masa akan datang.