SpaceX Menerima Dogecoin Sebagai Bayaran Untuk Menghantar Roket DOGE-1 Ke Bulan

SpaceX Menerima Dogecoin Sebagai Bayaran Untuk Menghantar Roket DOGE-1 Ke Bulan

SpaceX yang dimiliki oleh Elon Musk, kini dilihat telah menerima bayaran melalui kriptowang Dogecoin untuk melancarkan misi ke bulan pada awal 2022 kelak.

Misi ini dibayar oleh Geometric Energy Corporation, ia ingin menghantar sebuah satelit bersaiz kiub yang dilengkapi dengan sejumlah sensor dan juga kamera terbina padanya.

Perkembangan ini memperlihatkan penerimaan Dogecoin untuk tujuan komersil - terutamanya untuk sebuah misi angkasa, dan akan menjadikan ini misi pertama yang menerima kriptowang.

Dengan ini, kita mungkin melihat sejumlah syarikat lain turut mula menerima kriptowang untuk tujuan komersil, sekaligus mungkin meningkatkan lagi nilai Dogecoin dikalangan pengguna.