Square Akan Membangunkan Dompet Fizikal Untuk Bitcoin
1 min read

Square Akan Membangunkan Dompet Fizikal Untuk Bitcoin

Square Akan Membangunkan Dompet Fizikal Untuk Bitcoin

Square merupakan salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan kemudahan pembayaran digital untuk perusahaan. Seperti beberapa syarikat, Square juga turut telah membuat pelaburan dalam arena kirptowang.

Terbaru, Square turut mengumumkan mereka akan membangunkan dompet fizikal untuk menyimpan Bitcoin.

Projek ini akan dibangunkan secara terbuka - mengambil pelbagai input daripada orang ramai berkaitan.

Dengan langkah ini, ia akan meneruskan fokus pihak Square dalam arena kriptowang - terutamanya Bitcoin. Pada hari ini, mereka sedia menawarkan kemudahan untuk membeli dan menjual Bitcoin pada aplikasi Square Cash.