Square Menubuhkan Perniagaan Baharu Memfokuskan Bitcoin
1 min read

Square Menubuhkan Perniagaan Baharu Memfokuskan Bitcoin

Square Menubuhkan Perniagaan Baharu Memfokuskan Bitcoin

Square baru-baru ini telah mengumumkan mereka sedang membangunkan sebuah dompet fizikal dalam menyimpan Bitcoin. Menariknya, selain daripada itu, Square kini mempunyai sasaran yang lebih besar dalam arena kriptowang ini.

Hari ini, Jack Dorsey, mengumumkan yang mana Square akan menubuhkan sebuah bahagian perniagaan khusus yang memfokuskan kepada platform pembangunan secara terbuka dan khidmat kewangan terpencar (decentralized). Ia ditekankan yang amna fokus utama mereka adalah Bitcoin.

Pelbagai pembangunan akan dilakukan secara terbuka, dan memfokuskan kepada sumber terbuka.

Jack Dorsey mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkaitan pembangunan ini dalam masa terdekat.