Tesla Berhenti Menerima Bitcoin Kerana Kesan Terhadap Alam Sekitar

Tesla Berhenti Menerima Bitcoin Kerana Kesan Terhadap Alam Sekitar

Elon Musk hari ini mengatakan yang mana Tesla telah berhenti menerima pembelian kenderaan menggunakan Bitcoin. Langkah ini adalah disebabkan oleh peningkatan penggunaan tenaga, dan kesan terhadap alam sekitar.

Apa pun, Elon Musk menekankan yang mana kriptowang merupakan salah satu idea yang bagus, namun, ia tidak boleh hadir dengan kesan terhadap alam sekitar.

Tesla tidak akan menjual sebarang pegangan Bitcoin mereka buat masa iini, dan menyasarkan untuk menggunakannya untuk transaksi. Elon Musk turut mengatakan mereka sedang melihat kepada kriptowang lain yang menggunakan kurang 1% daripada tenaga Bitcoin untuk transaksi.