Elon Musk Memberikan Petanda Tesla Mungkin Telah Menjual Semua Pegangan Bitcoin

Elon Musk Memberikan Petanda Tesla Mungkin Telah Menjual Semua Pegangan Bitcoin

Elon Musk merupakan antara nama yang sangat popular dalam arena kriptowang, dan setiap perkongsian beliau memberikan impak tinggi terhadap gerakan pasaran dan perubahan nilai sesuatu kriptowang.

Terbaru, Elon Musk telah membalas Tweet, memberikan petanda yang mana Tesla mungkin telah menjual semua pegangan Bitcoin.

Untuk makluman, sebelum ini Tesla telah membeli sejumlah pegangan Bitcoin, bernilai sekitar $1.5 bilion. Pegangan berkenaan juga telah membawa kepada keuntungan dari segi nilai untuk Tesla sebelum ini.

Apa pun, baru-baru ini, Tesla telah menghentikan sokongan pembelian kereta menggunakan Bitcoin - mengatakan ia kurang mesra alam.

Selari dengannya, kini perkongsian Elon Musk memberikan petanda yang mana keseluruhan pegangan Bitcoin oleh Tesla mungkin telah dijual sepenuhnya.