Pegangan Bitcoin Oleh Tesla Kini Sedia Menjana Keuntungan Melangkaui $1 Bilion
1 min read

Pegangan Bitcoin Oleh Tesla Kini Sedia Menjana Keuntungan Melangkaui $1 Bilion

Pegangan Bitcoin Oleh Tesla Kini Sedia Menjana Keuntungan Melangkaui $1 Bilion

Tesla pada awal tahun ini telah melakukan pembelian Bitcoin, sekaligus menjadi antara syarikat yang melihat kepada arena aset digital ini. Mengikut pegangan semasa, Tesla mempunyai pegangan sebanyak 42902 BTC pada hari ini.

Untuk makluman, pada bula Februari lepas, Tesla telah membeli Bitcoin pada nilai sekitar $1.5 bilion, dan telah menjual sekitar 10% pegangan pada suku kedua 2021 yang lepas.

Kini, pegangan Tesla untuk Bitcoin adalah berjumlah $2.65 bilion - sekaligus memperlihatkan keuntungan yang sedia dijana melangkaui $1.1 bilion.

Keuntungan ini dicatatkan selari dengan peningkatan nilai Bitcoin sejak minggu lepas, yang mana mencatatkan nilai melangkaui RM250k untuk 1BTC.