Twitter Kini Menjual Karya NFT Mereka Tersendiri
1 min read

Twitter Kini Menjual Karya NFT Mereka Tersendiri

Twitter Kini Menjual Karya NFT Mereka Tersendiri

Twitter hari ini membuat kejutan, dan telah mula menawarkan sebanyak 140 karya NFT mereka untuk dilelong melalui laman Rarible.

Seperti ramai sedia maklum, NFT merupakan salah satu penawaran hak yang berasaskan kepada rantaian-blok, untuk karya digital seperti audio, video, gambar, dan sebagainya.

Dari segi Twitter, mereka menawarkan 140 NFT dalam bentuk GIF dan animasi. Ia ditawarkan menggunakan kriptowang wETH, yang mana salah satu variasi Ethereum dengan nilai sama.

Dengan penyertaan Twitter ini, ia menjadikannya sebagai satu lagi jenama yang menyertai penawaran NFT untuk umum.

Sebelum ini juga, CEO Twitter sendiri telah menjual Tweet pertama beliau dalam bentuk NFT.